M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pertubuhan Organisasi Kebajikan Rakyat Malaysia (MAPRO) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kegiatan rasuah yang didakwa berlaku di sebuah ibu pejabat polis daerah di Selangor.

Presiden Kebangsaannya T. Sivanesan berkata terdapat pegawai kanan serta anggota di ibu pejabat polis daerah itu yang dipercayai mempunyai kekayaan luar biasa iaitu kereta dan rumah mewah kerana dipercayai terlibat aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

“Oleh itu, saya datang ke SPRM hari ini bagi meminta mereka lakukan siasatan dan menyerahkan beberapa bukti serta dokumen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat aduan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah bertemu Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

“Beliau (Allaudeen) sendiri telah turun padang dan saya harap siasatan mengenai kes ini dapat dilaksanakan dengan telus oleh JIPS Bukit Aman dan SPRM ,” katanya.

Sementara itu, jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan yang pihaknya menerima aduan tersebut.- BERNAMA