Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak dapat memberi jaminan kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh kekal, sekiranya usaha mencuri dan membeli ahli UMNO masih berlaku.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika memberi peringatan itu berkata, beliau melihat suasana hubungan UMNO dengan PPBM di peringkat akar umbi ketika ini semakin panas dan getir akibat perbuatan itu.

Beliau berkata, keretakan itu berlaku berikutan perebutan dan ‘kecurian’ ahli yang semakin menjadi-jadi, ditambahkan pula dengan tindakan mencurah minyak ke dalam api oleh Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut Dr. Asyraf Wajdi, beliau menerima banyak aduan dan kebimbangan ahli kebelakangan ini yang mendakwa parti serpihan itu galak mencuri dan membeli ahli parti UMNO.

“Bahkan, ada mengaku setiap yang menyertai PPBM dibayar sehingga RM100, setiap cawangan ditubuh diperuntukan RM3,000 sehingga RM5,000.

“Oleh itu, kenyataan pimpinan PPBM seperti tiada rasa bersalah, bahkan mempertahankan kemasukan ahli UMNO ke dalam parti itu akan menyebabkan hubungan UMNO-PPBM makin meruncing dan membarah.

“Fenomena mencuri dan membeli ahli UMNO jika diteruskan akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat PPBM ditubuhkan dan gabungan besar parti Perikatan Nasional (PN) diwujudkan hanyalah untuk melemah dan menggantikan UMNO,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Kata Dr. Asyraf, seharusnya dalam suasana permuafakatan kerajaan yang terbentuk, dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari titik persefahaman serta merungkai segala bentuk perbezaan termasuk menghentikan sebarang usaha melemahkan antara satu sama lain demi agenda penyatuan lebih besar.

Begitu juga, kata beliau, daripada mengerahkan segala peruntukan dan sumber dana besar parti untuk menubuhkan cawangan, lebih baik manfaatkannya dengan penggemblengan parti rakan kongsi seperti UMNO dan Pas untuk aktiviti membantu rakyat di peringkat akar umbi.

“Apatah lagi hampir semua Ahli Parlimen PPBM ketika ini termasuk yang ‘lompat’ daripada UMNO berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

“Seharusnya fokus untuk digemblengkan segala sumber bagi membantu rakyat yang sedang susah dan resah memikirkan kelangsungan hidup dalam suasana pandemik Covid-19 ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kahkahkah bergaduh lah korang berebut kuasa..
    Melayu dgn Melayu pon nk gaduh.. Mmg betolllah TUN M ckp.. Ameno mmg x boleh pakai dan menyusahkn rakyat

  2. Harap sgt sgt Asyraf dan AMeNO masuk PRU 15 solo solo nanti. Taiko besar jalan sorg2 pun apa mau takut kan. Kita nak tgk taiko besar ni jalan mendada atau jalan kengkang pastu. Si mamat asyraf ni pulak kita tgk garang lagi tak masa tu.

  3. Tolak PENGKHIANAT,
    Tolak Si Saka Tua (SST) kutuk,
    Tolak Komunis,
    Tolak Peliwat,
    Tolak Anjing Komunis,
    Tolak Lebai,
    Biarkan PENGKHIANAT bersama Lebai,
    UMNO satu2nya parti yg BERMARUAH,
    kekalkan dan jaga maruah tersebut,
    jgn dilayan dan terpedaya dgn agenda2 untuk menghancurkan UMNO,

  4. Jom kita tolak semua sbb kita nak
    .PM yg songlap duit rakyat selindung sebalik nama yayasan.
    .Menteri2 yg gila kuasa sbb nak buat duit mudah perguna rakyat.
    .Ahli Parlimen yg setia membuta tuli wlpun rakyat kena rompak

    UMNO terus maju, Pemimpinnya tipu Melayu..
    Moh kiter nyanyi sesamer..

Comments are closed.