Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 didapati mengatasi jumlah kes baharu hari ini.

“Bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 3,321 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 94,492 kes (80.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Noor Hisham, terdapat 2,295 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini danIa menjadikan jumlah kes positif di Malaysia setakat ini sebanyak 117,373 kes.

Selangor masih mencatatkan kes positif tertinggi dengan iaitu sebanyak 638 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 496 kes (77.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 580 kes (25.3 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes (12.5 peratus),” katanya.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,286 kes.

Sebanyak 135 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (109 kes), Kluster Tembok Gajah (14 kes), Kluster Kolam Air (3 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes) dan Kluster Tembok Choh (1 kes).

Noor Hisham berkata, terdapat 125 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Cobid-19 di Malaysia adalah sebanyak 483 kes.

Dua kematian masing-masing direkodkan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, dan Selangor manakala satu kes di Perak, Sabah dan Kelantan. – MalaysiaGazette