Gambar menunjukkan sebuah rumah terbakar selepas dirempuh pesawat kecil. foto Agensi

CHICAGO – Sebuah pesawat kecil merempuh sebuah rumah dan menyebabkan kebakaran di Perbandaran Lyon, menurut Jabatan Bomba Bandar Lyon.

Kejadian itu berlaku hampir jam 4 petang waktu tempatan (5 pagi Ahad waktu Singapura).

Sheriff Daerah Oakland, Mike Bouchard berkata, penghuni rumah itu tiada di rumah ketika kejadian.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai penumpang di dalam pesawat atau jenis pesawat, lapor media tempatan. – MalaysiaGazette