Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi tahun 2021 telah dimuat naik ke laman portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataannya memaklumkan, borang tersebut boleh menjadi rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN mereka pada tahun ini.

Katanya, dokumen berkenaan boleh diakses dan dimuat turun dengan mudah melalui laman www.hasil.gov.my.

Capaian pantas juga boleh dilakukan menerusi pautan http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut atau mahukan maklum balas boleg menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat serta https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast