Petugas Sunway Medical Centre melakukan proses ujian saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir bagi membuat saringan bersasar bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Jumlah kes positif harian baharu Covid-19 kekal empat angka dengan perangkaan terbaharu hari ini sebanyak 1,741 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan berkata, daripada jumlah itu kes tempatan adalah 1,733 kes berbanding kes import sebanyak lapan kes.

Katanya, sebanyak 1,010 kes sembuh direkodkan hari ini yang menyaksikan jumlah kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 98,228 kes.

Berikutan itu, jumlah kes dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 22,089 kes dengan pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 122 orang dan 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr. Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kes positif wabak tersebut di negara ini adalah sebanyak 120,818 kes.

Sementara itu, beliau memaklumkan terdapat tujuh kes kematian disebabkan Covid-19 dengan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat wabak tersebut kini sebanyak 501 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast