KUALA LUMPUR – Hospital Putrajaya mempamerkan caj perubatan di hospital itu untuk rujukan orang awam.
Pengarahnya berkata, kadar caj hospital berkenaan berdasarkan surat Kementerian Kesihatan bertarikh 2 Oktober 2018.
Arahan tersebut memaklumkan bahawa kadar bayaran deposit bagi warganegara untuk kategori perubatan adalah RM1,050, pembedahan RM1,650.
Namun caj ini tertakluk kepada perkhidmatan Kelas 1 sahaja termasuk di Hospital Putrajaya.
Namun pengecualian deposit dibenarkan jika pesakit membawa surat jaminan majikan atau syarikat insurans semasa kemasukan wad.
Kemudahan bagi penjawat awam masih terpakai dan tiada perubahan.
Hospital itu menjawab akaun Facebook Jejaka Mendung bertarikh 3 Januari lalu berhubung ‘Caj Hospital Putrajaya 2021’. –  MalaysiaGazette