Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa tidak dipecat dari jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional, sebaliknya tempat beliau diganti oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sumber berkata, keputusan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah desakan daripada 149 Ketua-ketua UMNO Bahagian yang hadir pada perjumpaan di PWTC tengah hari ini.

Annuar bagaimanapun tidak hadir dan secara automatik beliau tidak lagi memegang jawatan itu berkuatkuasa hari ini.

Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian hari ini berlangsung dalam suasana tenang, selain membincangkan agenda mesyuarat iaitu usul dari akar umbi.

Beberapa Ketua UMNO bahagian yang keluar dari dewan perjumpaan enggan mengulas mengenai hasil mesyuarat itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast