LONDON – Perdana Menteri England, Boris Johnson mengumumkan negara tersebut akan menjalani perintah kawalan pergerakan semula (national lockdown) berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat Boris semalam secara langsung di televisyen setelah kenaikan mendadak kes Covid-19 di negara tersebut.

Bagaimanapun, Boris memberitatahu sukan bola sepak profesional masih boleh diteruskan dengan kawalan ketat serta pematuhan prosedur operasi standard yang lebih tegas berbanding sebelumnya.

Para penyokong juga tidak dibenarkan hadir di semua stadium.

Awal Disember lalu, England membenarkan kehadiran semula penyokong dalam jumlah terhad ke dalam stadium.

Jumlah had maksimum adalah 4,000 penonton dibenarkan atau separuh daripada kapasiti stadium bagi yang berkapasiti di bawah 8,000 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast