Sebuah kereta yang terbabas di Lebuhraya Duke 2 menghala ke Bulatan Pahang di sini terbakar.

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta yang terbabas di Lebuhraya Duke 2 menghala ke Bulatan Pahang di sini terbakar.

Menurut Komander Operasi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Fadil Hesam Mohamad, kereta Perodua Alza itu terbakar kira-kira 95 peratus.

Sebelum itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.26 petang dan menghantar dua jentera dengan kekuatan 13 anggota ke tempat kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 6.43 petang dan padam sepenuhnya pada pukul 6.50 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa menurutnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh orang awam.

Terdahulu dalam kejadian berasingan, pihak bomba juga melaporkan kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang terkandas di bawah jambatan di hadapan Pasaraya Mid Valley (gambar bawah).

Dalam kejadian pukul 3.13 petang itu, seorang lelaki menjadi mangsa dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya oleh pihak bomba.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast