Mural gergasi bagi mengenang jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan bertulis 'Kami Bukanlah Wira, Ada Ketika Kami Juga Menangis' dalam memerangi wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik kesihatan Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 08 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kes positid Covid-19 naik mendadak hari ini apabila sebanyak 3,027 kes positif baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif yang dijangkiti wabak itu iaitu 128,465 kes.

Catatan tertinggi sejak kes pertama Covid-19 disahkan di negara ini Januari lalu menyaksikan sebanyak 3,021 kes merupakan jangkitan tempatan manakala lagi enam kes lagi kes import.

Terdapat lapan lagi kes kematian direkodkan  dengan jumlah yang meninggal dunia sebanyak 521 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – MalaysiaGazette