Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Malaysia Grand Challenge (MGC) di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 08 JANUARI 2021.

PUTRAJAYA – Alasan UMNO mahu menamatkan kerjsama dengan Bersatu disebabkan kerajaan Perikatan Nasional enggan menggugurkan kes membabitkan pemimpin-pemimpin parti itu lahir dari pemikiran tahap goreng pisang.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merujuk kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyebut alasan tersebut sebagai antara punca timbul rasa tidak puas hati ketua-ketua bahagian UMNO.

Rasa tidak puas hati itu menyebabkan mereka mengusulkan supaya kerjasama kedua-dua parti ditamatkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

“Kalau sebab kita tidak memberi sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikiran level goreng pisang lah.

“Kualiti IQ dia dulu lobak, ini goreng pisang, ia bukan alasan berkualiti,” katanya dalam sidang media di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini.

Khairy awal hari ini memuatnaik Instagram Story keratan video Ahmad Maslan bercakap mengenai perkara tersebut dan melabelkan sebagai goreng pisang.

Beliau juga meminta Ahli Parlimen Pontian itu tidak bercakap soal itu mewakili parti kerana bukan semua pemimpin mahu campur tangan eksekutif dalam kes mahkamah.

Katanya, jika itu yang dimahukan maka pemimpin UMNO tidak ada beza dengan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan juga Lim Guan Eng.

Perkara tersebut menarik perhatian para wartawan dan bertanyakan tentang hal itu kepada Khairy dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Khairy  yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi membidas segelintir ahli-ahli politik yang acap kali mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

“Saya rasa ini pendirian yang tidak bertanggungjawab, hujah mereka pilihan raya diadakan di Singapura dan New Zealand, saya rasa kita tak boleh buat perbandingan dengan negara-negara tersebut.

“Negara tersebut skalanya lebih kecil daripada kita dan pematuhan SOP kita semasa Pilihan Raya Negeri Sabah jelas terbukti kita tak dapat mematuhi SOP terumatanya ahli-ahli politik.

“Sebab itu saya rasa tidak sesuai untuk kita membuat perbandingan.

“Orang yang cakap nak adakan pilihan raya saya selalu nampak dalam Facebook mereka pun tak pakai pelitup muka, selalu salam orang, saya fikir ini tahap pemikiran goreng pisang,” katanya.

Sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy menegaskan bahawa pelaksaaan PRU15 ketika ini tidak sesuai ketika ini jumlah kes positif Covid-19 sangat tinggi.

Tambahnya, PRU15 bukan sahaja dihalang oleh akar umbi UMNO bahkan majoriti rakyat di negara tidak mahu ia diadakan dalam waktu terdekat susulan kes jangkitan masih tinggi ketika ini.

“Saya sebagai menteri sains yang melihat kepada data-data jangkitan dan sebagainya, saya juga tahulah bahawa kalau sekiranya kita adakan PRU15, ini akan mengundang risiko yang tinggi kepada kesihatan awam.

“Jadi sebab itu saya melihat bukan hanya akar umbi UMNO tapi rakyat secara keseluruhan tidak ingin diadakan PRU15,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. bertelagah supaya PM TSMY letak jawatan dan buat pru15 SAMALAH dgn ANWAR BILA AKU nak jadi PM….semuanya ini menyusahkan rakyat dan berbalah setiap hari…jangan terperanjat jika PRU15 ramai TIDAK MENGUNDI kerana perangai2 MEMBUSUK MP2 dan ahli2 politik disamping kes COVID memuncak.

  2. Kikiki.. IQ goreng pisang. Tu baru jd SUA UMNO. Dah jd camtu. Klu dia jd menteri balik, IQ lobak balik ler.
    Tahniah Khairy kerana berfikiran rasional tak seperti pemimpin UMNO lain.

  3. Ko semua dh teliti ker ucapan ahmad maslan ..kalu belum elok tk psyah komen lah ..sbb apa yg ada dlm komen ni dan ulasan khairi tu macam sampah sarap ja ..

  4. Dahulu dah ada yang SUA yang berotak cair sikit, banyak keputusan2 Islamicnya seperti membekukan lesen2 arak dilihat cukup baik dsb, mendapat sokongna kuat, dah menjadi budak suruhan abah kau pula?

    Apa2 pun pertahankan Muafakat Nasional, ianya harapan terakhir!

  5. data mana yg ko pakai tu kata akar umbi UMNO tak setuju piluhanraya? cuba ko bagikan data tu rakyat nak tengok…bengong punya manusia…

Comments are closed.