Ahmad Jazlan Yaakub

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan hari ini membuat pengumuman mengejutkan apabila secara tiba-tiba menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu sidang media di Kelantan, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi UMNO negeri kelantan berkata beliau telah hilang kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam sidang media bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, hari ini.

Dengan perkembangan terkini itu, kerajaan pimpinan Muhyiddin kini tinggal 110 kerusi daripada 222 jumlah Ahli Parlimen.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan pendirian tidak menyokong kerajaan Muhyiddin namun belum pernah menzahirkan tentangan terhadap kerajaan melalui mana-mana undian di Dewan Rakyat.

Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai 91 Ahli Parlimen apabila 17 orang lagi tidak menyertai gabungan itu.

Dua kerusi Parlimen kosong ekoran kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk V. K Liew dan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman tahun lalu. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Buat lah SD terbuka sokong PH, atau undi tidak percaya kepada PM di sidang Parlimen. Yang penting ikut undang-undang dan protokol.

  2. Sd terbuka sokong pH tak tepat sbb tk sokong pH ..nk buat usul kat parlimen ..jgn berlawak lah …hanya perak saja yg boleh buat . Tk paham tanya org yg paham .

  3. Ni semua melingkupkan kan negara…tangan negara mcm ni..ngn covid n banjir..korang x abis2 berpolitik….UMNO oh UMNO…jgn ingat korang mmg da kuat sgt nk sgt PRU 15..selidik dulu..jgn jd mcm PRU 14..x bangkit lg da UMNO nanti..

  4. Bagi kat YDP Agong la pegang. Senang. Kerajaan sekarang bukan kompeten sangat pun, rapuh macam daun kering pulak tu. Buat undian parlimen je mesti tak pernah dapat lebih 111/222

  5. Hanya kerana undi parlimen tak dapat majoriti besar, tak bermakna kerajaan sekarang tak kompeten. Semak maksud kompeten dahulu. Kerajaan sekarang mungkin lebih kompeten berbanding PH dan BN dahulu. Namun takda kekuatan dari segi bilangan ahli di parlimen sbb parti baharu dan masih saiz kecil.

  6. Dahulu kerajaan Malaysia gilang gemilang, selepas Pakatan Hancing yang diketui Dfcuk memerintah negara terus SURAM MURAM!

    Kehidupan rakyat semakin sengsara!

Comments are closed.