Real Madrid dikecewakan Osasuna apabila sekadar terikat seri tanpa jaringan dalam aksi La Liga semalam skaligus terlepas peluang mengungguli carta La La Liga.

MADRID – Real Madrid melepaskan peluang melonjak ke tangga teratas La Liga Sepanyol apabila sekadar terikat seri dengan pasukan tercorot Osasuna dalam aksi awal pagi tadi.

Dalam perlawanan berkeadaan salji di padang, aksi tersebut dicadangkan untuk ditunda berikutan penurunan salji tebal namun diteruskan.

Bagaimanapun kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta gol ekoran cuaca buruk itu.

Gol karim Benzema dan Sergio Ramos dibatalkan oleh pengadil kerana kedudukan pemain pada posisi offside.

Kedua-dua pasukan akhirnya terikat seri tanpa jaringan dan berkongsi satu mata.

Ia menyebabkan Los Blancos kendalian Zinedine Zidane kekal di tangga kedua dengan 37 mata selepas 18 perlawanan.

Namun Atletico Madrid selaku pendahulu liga tidak tergugat kedudukan teratas dalam carta dengan 38 mata selepas 15 perlawanan kelebihan tiga perlawanan di tangan.

Perlawana Atletico yang sepatutnya berlangsung malam tadi juga terbatal berikutan pesawat yang membawa pasukan Atletic Bilbao tidak dapat mendarat di ibu negara Sepanyol ekoran cuaca buruk.

Osasuna yang telah mengharungi 11 perlawanan tanpa sebarang kemenangan kekal di zon penyingkiran.- MalaysiaGazette