Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO menghulurkan bantuan bukan sahaja membersihkan masjid dan surau malah rumah ibadah bukan Islam seperti tokong Cina di Kota Tinggi juga dibersihkan pihaknya.

KUALA LUMPUR – Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO menghulurkan bantuan bukan sahaja membersihkan masjid dan surau malah rumah ibadah bukan Islam seperti tokong Cina di Kota Tinggi juga dibersihkan pihaknya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kira-kira 200 sukarelawan Sabil membantu rakyat di Kota Tinggi melalui dua kumpulan.

“Dua kumpulan dipecahkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah ibadat termasuk tokong Cina, surau, kawasan-kawasan awam di perumahan sekitar Kampung Tembioh, Kota Tinggi.

“Manakala kumpulan kedua menyampaikan barangan keperluan asas kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Aman, Kampung Makan dan Kampung Tembioh, Kota Tinggi dan Kampung Kelantan dan Taman Kemang, Tenggara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.