Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif CovidD-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi semalam, kata kenyataan pejabatnya hari ini.

Beliau kini dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II
Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk
pemantauan dan keadaannya stabil.

Pada 1 Januari 2021 Mustapa telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.

Beliau memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat
daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah memudahkan urusan kita semua, kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette