Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Tiada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar,” kata kenyataan itu.

Sinchew Daily hari ini melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan perihal pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri untuk dibincangkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selepas perbincangan selesai, Muhyiddin dikatakan akan membuat keputusan akhir dan mengumumkan nama timbalannya.

Pada masa sama Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Muhyiddin bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.

Justeru menurut kenyataan itu, dakwaan mengatakan beliau perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialaminya adalah tidak benar dan berniat jahat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast