Mesut Ozil

LONDON – Bintang perancangan tengah yang dipinggirkan Arsenal, Mezut Ozil memasang impian besar untuk beraksi di Fenerbahce atau Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat.

Pemain Jerman itu berhasrat meninggalkan Emirates pada Januari ini atau akhir musim Liga Perdana Inggeris 2020/2021.

“Saya tidak ada hasrat untuk bersara selepas meninggalkan the Gunners nanti sebaliknya saya mahu terus beraksi dalam liga lain,” katanya.

Situasi semasa Ozil di Emirates telah dibekukan sepenuhnya dari pasukan utama oleh pengurusnya. Arteta dan tidak beraksi sejak Mac tahun lalu walaupun mengekalkan tahap kecergasannnya untuk beraksi.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan sama ada pemain itu akan meninggalkan kelab Januari ini atau akhir musim ini.

Ditanya destinasi seterusnya jika ditakdirkan meninggalkan Emirates, Ozil berkata, dia akan tetap beraksi dan meneruskan kariernya.

“Sudah pasti saya akan teruskan karier saya sebagai pemain bola sepak. Ada dua negara yang saya sangat teringin untuk bermain bola sepak sebelum menggantung but selama-lamanya iaitu Turki dan AS.

“Jika saya ke Turki, saya hanya akan beraksi untuk Fenerbahce.” tegasnya.-MalaysiaGazette