Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia daripada Covid-19.

Alasan yang dikemukakan Perdana Menteri tidak dapat diterima sama sekali kerana tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.

Majlis Presiden menambah, kuasa darurat bermakna memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan di sini, Majlis Presiden berrpendapat undang-undang sedia ada termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumum semalam, adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.

Menurut mereka, sebagai contoh, dalam isu mengambil alih hospital-hospital swasta untuk membantu dalam kes-kes Covid-19, hospital-hospital swasta ini memang bersedia membantu pihak kerajaan dan kuasa darurat tidak diperlukan untuk mendapatkan kerjasama mereka.

Berkenaan isu pilihan raya pula, Majlis Presiden melihat tindakan yang telah dilakukan sebelum ini, iaitu perisytiharan darurat bagi sesebuah bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah memadai.

Bagi Pilihanraya Negeri Sarawak pula, ia tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021.

Manakala Pilihanraya Umum ke-15 pula hanya perlu diadakan menjelang tahun 2023.

Majlis Presiden turut menimbulkan kerisauan perisytiharan darurat akan menjejaskan usaha menghidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur dan tidak akan membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan di kalangan rakyat.

”Oleh itu, kami berpandangan bahawa tindakan Tan Sri Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen termasuk Machang (Datuk Ahmad Jazlan Yaakob) dan Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) bermaksud langkah ini tidak boleh diterima sama sekali.

”Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” kata Majlis Presiden PH. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Balik sembang ngan anak hang dulu Bang Non. Ritu anak hang kemain nasihat org suh pentingkan rakyat dan henti politiking. Tp pak dia sendiri mcm hampeh.

  2. Tik tok tik tok PRU15 dalam masa kurang lebih 24 bulan lebih2 skit je lagi, semua pihak diminta bertenang dan banyak bersabar!

    Minta MN bersama2 parti2 Sabah & Sarawak bekerja lebih kuat bersama2 bersatu hati untuk pastikan Non tidak menjadi PM!

  3. aku nak pinjam BAIT2 AHMAD MASLAN….mesti ada PHD untuk fahami Terdapat tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat iaitu, ancaman ke atas keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam..Majlis P unah H arapn spt biasa terus membangkang…awal pkp tahun lalu paksa sidang parlimen 14hari.. jangan isytihar darurat bagi PRN SABAH….TOLAK BELANJAWAN 2921…Maka sahlah dakwaan AM mereka tidak ada PHD

  4. PKP ni … duk rumah berkebun je. Dah makan ubat ke blum. Tak yah lah jd PM ,pening kepala je…

  5. tolong laa sumbat nuar ni kt penjara semula, bila terlepas ni macam orang mabuk pulak bila bercakap

  6. ANWARFIKUN serta majlis P unah H arapan sudah DERHAKA pd titah YDPA…MEREKA ini sentiasa serba salah…laksana atau tidak laksana Pelbagai isu semuanya TIDAK KENA wpun terkena pada Batang Hidung mereka.

  7. Ni la dalang bersama Zahid ngah kumpul org UMNO supaya die jd PM…darurat Kene la tunggu ye…ingat PM diam2 nah kasi sebijik semua bungkus.. huhu

  8. Minta sama2 buat lapuran polis ke atas mereka2 yg terang2 mencabar keputusan YDPA.. Anwar , Hassan dan sape2 lah..

Comments are closed.