Gambar Hiasan. foto AFIQ RAZALI, 31 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima akan dipercepatkan bermula 21 Januari 2021.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat ekoran pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Pembayaran itu, tambah beliau, membabitkan 460,000 penerima baharu yang mana permohonan mereka telah diluluskan semasa tempoh rayuan pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

Jelas beliau, semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

Untuk golongan B40 pembayaran BPN 2.0 akan mula disalurkan ada 21 Januari ini manakala bagi golongan M40 dan penerima tanpa akaun bank pembayaran akan dilakukan pada 25 Januari ini.

Penerima di Sabah dan Sarawak akan mula menerima BPN 2.0 mulai awal Febuari sehingga 1 April 2021. – MalaysiaGazette