Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah mendapat semua yang dihajatkan termasuk kelulusan Belanjawan 2021 dan pengisytiharan darurat diperkenankan.
Oleh itu, sekarang adalah masanya untuk kerajaan mempertimbangkan permintaan rakyat iaitu pengeluaran i-Sinar menerusi Akaun 1 dan moratorium.
Pesanan itu disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki yang menerima mesej daripada sahabatnya.
Asyraf berkata, masih terngiang-ngiang lagi suara-suara mangsa banjir yang ditemui Pemuda UMNO sepanjang Misi Bantuan dan Operasi Pembersihan:
“Doktor, harap sangat Pemuda UMNO dapat terus memperjuangkan agar kami dapat keluarkan wang simpanan kami di KWSP tanpa syarat dan bank dapat mempermudahkan moratorium.
”Doktor tengoklah sendiri keadaan kami, macam jatuh ditimpa tangga!,” kongsi Asyraf menerusi hantaran di Facebook sambil mendoakan rintihan rakyat yang susah dan benar-benar resah ditimpa musibah ini diberikan perhatian serius oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.