US Capitol dikawal oleh 10,000 orang Pengawal Nasional. foto Agensi

WASHINGTON – Satu minggu rusuhan US Capitol, Pengawal Nasional terus mengawasi bangunan tersebut.

Gambar-gambar menunjukkan kehadiran pasukan keamanan yang ramai di dalam dan di luar bangunan, berbeza ketika rusuhan berlaku minggu lalu.

Sekurang-kurangnya 10,000 anggota Pengawal Nasional akan berada di Washington DC pada hari Sabtu dan pegawai polis memaklumkan jumlah itu boleh meningkat dua kali ganda menjelang hari pelantikan Joe Biden minggu depan.

Sebahagian daripada Pengawal Nasional yang berada di dalam bangunan US Capitol. foto Agensi

Kawalan rapi itu dibuat sejurus sebelum Dewan Perwakilan memutuskan untuk mendakwa Presiden Donald Trump untuk kali kedua kerana memain peranan dalam rusuhan berkenaan.

Trump telah didakwa “menghasut pemberontakan”.

Seramai 10 wakil Republikan dari partinya sendiri bergabung dengan Demokrat untuk mendakwa beliau.

Ini kerana, ramai dalam kalangan Ahli Dewan Perwakilan yang mengundi pada hari Rabu terperangkap dalam peristiwa minggu lalu, ketika ribuan penyokong radikal pro-Trump merempuh masuk ke dalam kompleks Capitol ketika Kongres mengesahkan keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast