Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR – Veteran Politik UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif jangkitan Covid-19.

Ahli Parlimen-BN Gua Musang itu kini dilaporkan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ku Li yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO dilaporkan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Tengku Razaleigh difahamkan menjadi kontak rapat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Ab.Aziz Yusoff yang dikesan positif Covid-19 pada 9 Januari lalu.

Beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum keputusannya menunjukkan positif Covid-19.

Terdahulu, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mungkin staf hospital boleh boikot jgn rawat dia ni. Sbb ritu dia ni la batu api utk tolak belanjawan. Cer bagi dia rasa camna rasa kena covid tp xdak sapa nak rawat sbb xde bajet kesihatan.

Comments are closed.