Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebagai syarikat tempatan, aplikasi Grab komited mengekalkan usaha melindungi pendapatan rakan kongsinya yang terdiri daripada pemandu, penghantar, peniaga dan masyarakat selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu untuk perniagaan dan restoran, Grab telah memulakan inisiatif baharu membantu rakan-rakannya di platform Grab.

“Hal ini, dapat membantu pengguna paltform Grab untuk berkembang terutama dengan kehilangan pelanggan yang mengunjungi kedai mereka, sambil memastikan masyarakat masih boleh memperoleh keperluan harian mereka dengan selamat, mudah dan berpatutan,” kata kenyataan Grab hari ini.

Menurut kenyataan yang sama, antara inisiatif bagi menyokong rakan niaganya ialah, pengurangan kepada siling komisen sebanyak lima peratus, tiada caj komisen untuk pesanan pengambilan sendiri dan sokong kempen Local Heroes.

“Kami amat teruja untuk membawa kembali kempen Local Heroes untuk meningkatkan kesedaran dan kehadiran mereka melalui pelbagai saluran pemasaran dan digital.

“Tahun lalu, peniaga yang mengambil bahagian dalam Grab Love Local Heroes yang hampir sama menyaksikan peningkatan penjualan sehingga 43 peratus dan oleh itu, kami yakin ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang perniagaan mereka pada kali ini.

Selain itu, dengan platform GrabMerchant yang diperbaharui, rakan peniaga juga akan mempunyai lebih autonomi untuk menguruskan kedai dalam talian mereka terutama jika kehabisan stok atau tidak dapat memenuhi pesanan.

“Oleh itu kami mempunyai pelbagai usaha untuk menyediakan akses yang lebih mudah dan berpatutan untuk keperluan harian mereka, sambil menolong mereka untuk berjimat dalam perbelanjaan.

“Antara keperluan harian yang disediakan ialah, kos penghantaran serendah 50 sen, makanan Food Court kegemaran mix & macth, penghantaran percuma tanpa had untuk sajian kegemaran signature dan pulangan mata ganjaran PKP ekslusif untuk GrabRewards,” katanya.

Perkhidmatan aplikasi Grab mengalakkan pelanggan untuk mengatur pesanan mereka atau memesan makanan dan keperluan penting lebih awal untuk membendung dan memutuskan penularan Covid-19.

Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang https://www.grab.com/my/ – MalaysiaGazette