KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,000 kampit beras berjumlah RM62,5000 telah dihantar ke Temerloh pagi tadi untuk mangsa banjr.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bantuan itu adalah di bawah program JAWI Food Bank dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dan rakan strategik yang lain.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui JAWI Food Bank dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dan rakan-rakan strategik telah melaksanakan inisiatif penghantaran bantuan banjir ke Temerloh pagi ini,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, bantuan beras sejumlah berat 25 tan itu dihantar menggunakan dua buah lori.

Untuk rekod, Temerloh antara kawasan yang paling teruk  terjejas akibat banjir baru-baru ini sejak pertengahan bulan Disember 2020.-MalaysiaGazette