Kekurangan bekalan di hospital-hospital di bandar Manaus mencetuskan keadaan panik. foto Reuters

BRASILIA – Hospital-hospital di bandar Manaus telah mencapai kemuncak apabila berdepan dengan kekurangan bekalan oksigen dan kekurangan kakitangan.

Bandar ini, di negeri-negeri Amazonas ini telah menyaksikan lonjakan kematian dan jangkitan Covid-19.

Para profesional kesihatan memberi memberi amaran bahawa “banyak orang” boleh mati kerana kekurangan bekalan dan bantuan.

Brazil mencatatkan lebih daripada 205,000 kematian akibat virus – jumlah tertinggi kedua di dunia, di belakang Amerika Syarikat (AS).

Amazonas bukan sahaja mengalami kerugian besar dalam gelombang pertama wabak itu tetapi juga terjejas teruk akibat peningkatan jangkitan baharu.

Bekas-bekas peti sejuk dibawa ke hospital untuk membantu menyimpan mayat minggu lalu selepas pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan darurat.

Jessem Orellana, dari institut penyiasatan saintifik Fiocruz-Amazonia memberitahu, beberapa hospital di Manaus “kehabisan oksigen” dengan beberapa pusat menjadi “sejenis bilik lemas” bagi pesakit.

Beberapa laporan dari akhbar pula menggambarkan kakitangan-kakitangan hospital bergelut untuk memastikan pesakit terus hidup dengan menggunakan alat bantuan pernafasan manual.

Dalam video tukar mendedahkan seorang pekerja perubatan wanita meminta bantuan Internet: “Kami berada dalam keadaan yang mengerikan. Oksigen telah hampir habis di seluruh unit hari ini”.

“Tidak ada oksigen dan banyak orang mati. Sekiranya ada oksigen, tolong bawa ke klinik. Ada banyak orang mati,” katanya dalam klip video tersebut..

Gabenor Amazonas, Wilson Lima mengatakan negara itu “berada dalam saat paling kritikal akibat wabak”.

Marcellus Campelo, seorang Setiausaha Kesihatan Tempatan memberitahu negeri ini memerlukan tiga kali ganda jumlah oksigen.

Naib presiden Brazil berkongsi gambar di Twitter tentera udara yang mengangkut bekalan hospital, termasuk silinder oksigen dan tandu, ke bandar ketika laporan mengenai keadaan itu tersebar di seluruh negara. – MalaysiaGazette