Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Covid-19 cases deaths
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 di dalam negara makin mengganas apabila hari ini merekod kes harian tertinggi iaitu 4,029 kes pada hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dengan angka ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095 kes.

Bilangan kes sembuh Covid-19 adalah sebanyak 2,148 kes sekali gus jumlah kumulatif
sepenuhnya adalah sebanyak 117,375 kes atau 75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan
kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 37,126 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu berkenaan terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,021 kes.

“Bagi kes penularan di dalam negara, 2,711 kes adalah warga tempatan manakala 1,310 kes adalah warga asing.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus) dan daripada jumlah itu jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus) dan sebanyak 110 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (40 kes), Kluster Tembok Nanas (39 kes), Kluster Tembok Gajah (15 kes), Kluster Damai Pelangi (sembilan kes), Kluster Pagar Siput (empat kes), Kluster Tembok Kemus (dua kes), dan Kluster Pagar Bentong (satu kes),” katanya dalam kenyataan media perkembangan harian di Kementerian Kesihatan hari ini.

Tambahnya, sehingga kini terdapat 205 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga memaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 594 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr. Noor Hisham memberitahu, kematian ke-587 adalah kes ke-104077 lelaki tempatan dari Sabah berusia 70 tahun meninggal dunia Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu manakala kematian ke-588 pula adalah kes ke-126612 lelaki tempatan berusia 59 tahun dari Selangor meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

“Kematian ke-589 pula adalah kes ke-141045 lelaki warga emas tempatan dari Perak berusia 78 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, diikuti kematian ke-590 iaitu kes ke-142964 lelaki warga emas tempatan dari Kuala Lumpur berusia 72 tahun yang berlatar belakangkan penyakit paru-paru kronik meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

“Kematian ke-591 pula membabitkan kes ke-144035 seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dari Pahang meninggal dunia di Hospital Bentong diikuti kematian ke-592 iaitu kes ke-145939 juga lelaki warga Sabah berusia 62 tahun meninggal dunia di rumah sebelum jenazah dikesan positif Covid di Hospital Lahad Datu.

“Kematian ke-593 melibatkan kes ke-117659 wanita asing berumur 45 tahun dari Sabah yang mempunyai penyakit jantung meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Lahad Datu danĀ  kematian terakhir membabitkan kes ke-149197 juga wanita asing dari Sabah berusia 61 tahun meninggal dunia di hospital sama,” ujarnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. 4000 kes, KKM dan kerajaan tidak mampu nak kawal rakyat oleh kerana banyak sangat hasutan dari parti pembangkang, semua usaha kerajaan di tentang dan di pertikaikan oleh pihak pembangkang, ini lah akibatnya banyak main politik dari hendak jaga keselamatan rakyat. Nasib baik masih lagi tiada kes ahli politik mati kerana Covid.

Comments are closed.