Pak John Steamboat & BBQ memperkenalkan menu stimbot yang boleh dipesan secara atas talian sepanjang PKP ini.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat stimbot dan panggang apabila Pak John Steamboat & BBQ (Pak John) kembali memperkenalkan menu itu yang boleh dipesan secara atas talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pengarah Urusan Pak John, CS Chong berkata, pelanggan kini boleh menikmati menu dengan pilihan lauk seperti ayam, daging lembu dan kambing dengan set permulaan bermula RM59.90 hingga RM159 bagi set kombo.

“Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi Pak John perlu kreatif untuk memperkenalkan menu-menu kami yang mudah ditempah secara atas talian.

Pak John Steamboat & BBQ memperkenalkan menu nasi lemak yang boleh dipesan secara atas talian sepanjang PKP ini.

Mengulas lanjut, Chong turut memberitahu, pihaknya juga memperkenalkan menu baharu iaitu nasi lemak yang boleh dipesan secara atas talian.

“Pak John juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan stimboat di mana bil berjumlah RM200 ke atas, caj penghantaran adalah percuma,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +60129022816.

Selain eCurve Damansara, Pak John turut beroperasi di IOI City Mall Putrajaya. – MalaysiaGazette