Tan Sri Mohamed Apandi (dua dari kiri) menerima surat perlantikan sebagai Pengerusi Kumpulan Hadid daripada pengurusan syarikat itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Syarikat Hadid (Hadid) melantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pengerusi syarikat itu baru-baru ini.

Pelantikan itu berkuatkuasa 15 Januari lalu, kata satu kenyataan Hadid.

Pihaknya yakin dengan pengalaman Mohamed Apandi dalam bidang kehakiman hampir 50 tahun akan membantu syarikat kejuruteraan yang memfokuskan industri tenaga dan ICT itu berkembang maju.

Hadid juga merupakan pemain utama yang mewakili Malaysia di rantau Asia Tengah dan mempelopori usaha menembusi pasaran minyak dan gas Kazakhstan sejak tahun 2016.

“Hadid juga telahbmengembangkan perniagaannya ke Uzbekistan di sektor telekomunikasi. Sehingga kini, Hadid kini beroperasi dari tiga pejabat utama di Kuala Lumpur, Almaty, dan Tashkent.

“Dengan lebih dari 16 tahun pengalaman industri di dalam dan luar Malaysia, Hadid optimis syarikat akan maju walaupun terdapat pelbagai cabaran termask Covid-19,” kata kenyataan yang sama.

Menurutnya, pelantikan Mohamed Apandi menyumbang kepada pengembangan perniagaan Hadid ke luar negara.- MalaysiaGazette