Antara gelagat murid Tabika KEMAS pada sesi awal tahun persekolahan tahun 2019 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tabika KEMAS Kuarters Kakitangan Kerajaan, Jalan U-Tant, Kuala Lumpur. foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka melibatkan Tabika seluruh negeri yang sepatutnya bermula pada 20 Januari 2021 ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penangguhan ini susulan lonjakan kes Covid-19.

Bagi memastikan tidak berlaku keciciran di kalangan kanak-kanak Tabika Kemas, kaedah pembelajaran secara Home-base Learning yang ditetapkan oleh pihak Kemas akan digunakan melalui kaedah Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaran (PdPc).

Bagaimanapun pihak Kemas memberi kebenaran bersyarat untuk membenarkan Taska Kemas beroperasi sekiranya terdapat permohonan dari ibubapa yang bertugas
sebagai barisan hadapan untuk menghantar anak-anak mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. – MalaysiaGazette