Ismail Sabri (tengah) menerima replika cek berjumlah RM180,000 daripada Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope. Gambar: Ihsan Mindef

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan hari ini menerima sumbangan sebanyak RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga).

Sumbangan tersebut merupakan Program Kembali Ke Sekolah untuk lebih 1,500 anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak kakitangan awam yang betugas di Kementerian Pertahana (Mindef) serta kem-kem di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Mindef memaklumkan, Pharmaniaga merupakan anak syarikat kepada Boustead Holdings
Berhad (Boustead) yang mana Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Boustead adalah pemegang saham utamanya.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, Ismail Sabri turut menyempurnakan penyerahan
sumbangan Zakat Wakalah dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan berjumlah RM20,000 untuk diagihkan kepada 100 orang kakitangan awam Kementerian Pertahanan bagi pembelian barangan persekolahan.

Sumbangan zakat berkenaan disampaikan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Mastura Ahmad Mustafa.

Sumbangan itu antara lain adalah bagi meringankan beban warga pertahanan dalam membuat persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.

Program Kembali Ke Sekolah itu merupakan program tahunan hasil inisiatif Kementerian serta ATM melalui kerjasama serta penglibatan badan-badan korporat dan pelbagai agensi lain.

Ia juga sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat serta agensi yang terlibat bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota-anggota ATM yang bertugas tanpa mengira masa dalam mempertahankan kedaulatan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast