Messi dilyang kad merah pada minit ke120 perlawanan akhir Piala Super Sepanyol pada Ahad menentang Athletic Bilbao.

MADRID – Superstar Barcelona berisiko digantung lebih 12 perlawanan selepas dia menerima kad merah dan dibuang padang akibat menumbuk pemain lawan.

Insiden itu berlaku dalam aksi perlawanan akhir Piala Super Sepanyol antara Barcelona dan Athletic Bilbao pada Ahad.

Ia merupakan kad merah pertama dalam karier bintang Argentina itu bersama kelab pada ini terakhir masa tambahan apabila pemain the Catalans menumbuk bintang Athletic, Asier Villalibre di kepala ketika mengejar bola.

Jika Persatuan Bola Sepak Sepanyol menyiasat insiden itu sebagai satu perbuatan serius dan agresif, Messi boleh digantung antara empat hingga lebih 12 perlawanan.

Reaksi Messi selepas diarah keluar padang kerana menumbuk pemain Athletic dalam aksi akhir Piala Super Sepanyol pada Ahad lalu.Foto Ihsan: Reuters

Ia memberikan masalah baharu untuk pengurus pasukan the Catalans, Ronald Koeman yang perlu bersiap sedia untuk beberapa aksi domestik tanpa kelibat pemain utama di jentera serangan andai kata digantung perlawanan oleh FA Sepanyol.

Athletic kini mengungguli carta Liga Sepanyol dan Barcelona ketinggalan tujuh mata di belakang dan menduduki tangga ketiga dalam liga.

Sekiranya FA boleh menyimpulkan perbuatan Messi bukan agresif maka Messi terselamat dengan penggantungan satu hingga tiga perlawanan sahaja.

Barcelona mendahului perlawanan sehingga 90 minit pertama sebelum Villalibre memaksa perlawanan kepada masa tambahan menerusi gol penyamaan.