foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sahaja yang beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut agensi itu, cawangan tersebut ialah ibu pejabat LZS di Shah Alam, Kompleks Majlis Agama Islam Selangor di Klang dan cawangan Subang Jaya, Sungai Besar, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Bandar Baru Selayang, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Ampang dan Bandar Baru Salak Tinggi.

“Bagi sebarang urusan boleh dilakukan mulai jam 10 pagi hingga 2 petang di cawangan berkenaan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, LZS meminta orang ramai yang datang berurusan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan bersama serta memutuskan rantaian Covid-19.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi talian LZS di nombor 1-300-884343 atau mengirim e-mel ke [email protected] atau webchat di www.zakatselangor.com.my. -MalaysiaGazette