Friday, April 19, 2024
Home Seni Hidup Covid-19: Emma Maembong belum ada deria rasa, bau

Covid-19: Emma Maembong belum ada deria rasa, bau

Foto Instagram Emma Maembong.
KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar yang disahkan positif Covid19 kini sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.
Melalui perkongsian di InstaStory miliknya, Emma memaklumkan perkembangan kesihatan mereka apabila dia dan suaminya berada dalam keadaan baik.
Namun pelakon itu mendedahkan setakat ini dia masih tiada deria rasa dan bau.
Wanita berusia 28 tahun itu menambah, ketika ini dia berada pada peringkat pertama jangkitan Covid-19 dan masih tiada gejala yang membimbangkan.
Susulan itu katanya, dia dan suami hanya kuarantin di rumah dan memberi ruang kepada pesakit yang benar-benar memerlukan untuk dirawat di hospital.
“Nasihat Emma, kalau rasa sakit tekak atau demam, terus pergi buat swab test sebab tidak rugi dan tidak payah takut.
“Sekurang-kurangnya apabila kita tahu kita positif, kita boleh selamatkan ramai lagi nyawa. Daripada kita positif dan jadi lebih teruk kalau kita pergi jumpa orang,” ujar pelakon filem Kimchi Untuk Awak.
Anak mereka, Shariq Gabriel, yang sebelum ini disahkan negatif Covid-19 dijaga kakak Emma, Coddy Maembong.
Pada 15 Januari lalu, Emma mendedahkan dia dan suami disahkan positif Covid-19 melalui video yang dimuat naik di Instagram. – MalaysiaGazette