Hamzah Zainuddin Dirawat Namun Keadaan Stabil #MGFlash

Hari ini tular, beberapa mesej kononnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana jangkitan virus Covid-19.

Namun, perkembangan itu disangkal Pejabat Menteri Dalam Negeri, dan Datuk Seri Hamzah kini berada dalam keadaan stabil.