David Alaba

LONDON – Liverpool dilaporkan masih dalam saingan untuk mendapatkan pemain Bayern Munich, David Alaba walaupun Real Madrid dikatakan muncul sebagai pasukan pilihan membeli pemain tersebut.

Kontrak pemain berusia 28 tahun itu bersama Bayern Munich akan tamat akhir musim ini dan Madrid menawarkan kontrak empat tahun untuk bintang tersebut.

Namun Alaba masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Bayern juga masih dalam proses untuk mengikat kontrak bersama pemain tengah mereka, Jamal Musiala yang merupakan bekas pemain akademi Chelsea.

Alaba diberi peluang menyertai skuad kendalian Zinedine Zidane akhir musim ini tetapi bapa pemain itu menepis dakwaan bahawa kontrak Alaba bersama the Los Blancos dimuktamadkan.

“Saya tak boleh sahkan laporan di Sepanyol, tiada apa yang dimuktamadkan kerana ramai pihak berminat untuk mendapatkan khidmat dia (Alaba),”kata Bild.

Alaba dilaporkan membuat keputusan untuk kekal di dalam Bundesliga Jerman sehingga akhir musim ini selepas 13 bersama pasukan itu.

Alaba kini dalam kedudukan antara pemain bek pertahanan terbaik dunia dan membantu Bayern menjulang gelaran Liga Juara Eropah musim lalu.- MalaysiaGazette