Polis masih menunggu laporan penuh doktor.

KUCHING – Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya di sini, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya dalam kejadian pagi tadi, sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Ketua Polis daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 7 pagi tadi mengenai  insiden yang menimpa pelajar tingkatan lima itu.

“Mangsa juga telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.

“Setakat ini, kes masih dalam siasatan polis dan kecederaan sebenar mangsa yang merupakan pelajar aliran sains itu masih belum diketahui dan kami masih menunggu laporan penuh doktor,” katanya.

— BERNAMA