Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 masih mencatatkan empat angka dengan 3,170 kes direkodkan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, sebanyak 3,162 kes adalah penularan tempatan dan lapan penularan antarabangsa.

“Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kesĀ  atau 18.2 peratus,” katanya pada sidang media hari ini.

Daripada jumlah ini, sebanyak 310 kes (56.9 peratus) adalah
daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covud-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes (17.2 peratus), dan Johor sebanyak 423 kes (13.2 peratus).

Daripada jumlah itu, kata Noor Hisham, kes aktif kini merekodkan 41,755 kes, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi
adalah sebanyak 260 kes dan 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian juga meningkat kepada 12 mangsa hari ini.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat empat kes dari Johor, tiga kes dari Selangor, dua kes dari Sabah dan
masing-masing satu kes dari Negeri Sembilan, Perak dan
Sarawak. – MalaysiaGazette