MGNews : Nenek Pijak Perut Cucu OKU Didakwa Membunuh

SELAYANG – Nenek kepada kanak-kanak OKU lima tahun yang mati dipijak sehingga usus dalaman pecah didakwa di Mahkamah Majistret disini hari ini.

Tertuduh, Ipzuma Ambo, 55, yang merupakan nenek saudara kepada mangsa tidak direkodkan sebarang pengakuan selepas pertuduhan dihadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Ini kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Ipzuma didakwa dengan niat melakukan pembunuhan itu terhadap mangsa dan pertuduhan dibacakan di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.