SHANGHAI – Twitter telah menggantung akaun Kedutaan China di Amerika Syarikat untuk tweet yang mempertahankan dasar China di wilayah Xinjiang.

Platform media sosial itu berkata, tindakan China itu tidak berkemanusiaan.

Akaun Kedutaan Besar China, @ChineseEmbinUS, menyiarkan tweet bulan ini yang mengatakan wanita Uighur bukan lagi “mesin membuat bayi,” memetik kajian yang dilaporkan oleh akhbar China Daily.

Tweet tersebut dikeluarkan oleh Twitter dan diganti dengan label yang menyatakan bahawa ia tidak lagi tersedia.

Walaupun Twitter menyembunyikan tweet yang melanggar polisinya, ia memerlukan pemilik akaun untuk memadamkan catatan tersebut secara manual.

Akaun Kedutaan Besar China tidak menyiarkan tweet baharu sejak 9 Januari.

Penggantungan akaun Kedutaan China oleh Twitter dilakukan sehari selepas pentadbiran Trump, yang menuduh China melakukan pembunuhan beramai-ramai di Xinjiang.

Tuduhan itu dijangka mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Joe Biden. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast