Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Paya Besar menuntut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden parti itu.

Ini berikutan kemelut pimpinan tertinggi UMNO khususnya ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi serta ahli-ahli Parlimen sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan Perhimpunan Agung UMNO 2018 semakin berlarutan tanpa kelhatan dapat diselesaikan.

Ketuanya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, tindak-tanduk ahli-ahli MKT serta ahli Parlimen tidak terarah mendedahkan UMNO kepada kehilanagan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi PRU15.

“Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli UMNO.

“Kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap pimpnan UMNO membawa beban berat kebangkitan semula UMNO,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Tajuddin, ahli-ahli UMNO juga tidak dapat melihat dengan jelas kewajaran mendokong pemimpin yang dipecat oleh MKT sendiri, penolakan kerjasama degan Bersatu oleh Bahagian-Bahagian.

Ini kerana, katanya, ia jelas memperlihatkan ketegasan penolakan ahli UMNO terhadap kepimpinan Bersatu.

“Demi Bangsa Melayu, UMNO, kesetiaan, kegigihan 3.6 juta ahli parti, YB Dato’ Sri Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

Comments are closed.