Seorang pekerja mengangkat dan menyusun bawang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – India telah mengeksport semula bawang dan ia telah pun sampai di pelabuhan negara ini, Menteri Pardagangan dalan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, proses pengedaran bawang merah India dari pelabuhan kepada pemborong dan peruncit akan memakan masa lebih kurang dua minggu.

“Saya jangka ia akan menurunkan harga bawang tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, banjir dua kali setahun di India dikaitkan dengan kurangan bekalan bawang di negara ini dan menyebabkan berlaku peningkatan harga.

Sementara itu, Alexander berkata, kementeriannya telah menyiasat aduan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran dan mendapati memang berlaku sedikit peningkatan disebabkan oleh perubahan musim yang melanda negara ini.

Selain itu, katanya, faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk di daerah tanah tinggi pengeluar bekalan utama sayur-sayuran seperti di Cameron Highland turut mempengaruhi harga sayur-sayuran.

“Keadaan cuaca ini telah menyebabkan kualiti dan kuantiti sayur-sayuran berkurangan,” jelasnya. – MalaysiaGazette