Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, operasi dijalankan hasil maklumat orang ramai yang curiga dengan kebanjiran ramai PATI di pasar borong ini.

Operasi yang disertai seramai 66 anggota polis dan 16 pegawai dari Ibupejabat Polis Daerah Serdang, walaubagaimanapun berjaya menangkap 6 PATI atas dua kesalahan, iaitu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan memandu kenderaan tanpa lesen.