Martin Odegaard

LONDON – Arsenal mendahului saingan untuk meminjam khidmat bintang muda, Martin Odegaard dari Real Madrid hari ini.

Pemain Norway berusia 22 tahun itu bergelut untuk membawa impak dalam skuad kendalian Zinedine XZidane musim ini dalam La Liga Sepanyol.

Sebelum ini pemain itu dipinjamkan ke Real Sociedad dan kini kelab Ajax juga menyatakan minat untuk khidmat pemain itu.

Bagaimanapun Arsenal dilaporkan telah mencapai perjanjian untuk meminjam pemain itu dan dijangka beraksi menentang Manchester United Sabtu ini.

Pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague berkata, Real Madrid menyekat pemain itu kembali semula ke Real Sociedad dan merestui penghijrahannya ke kelab West London.

Kehadiran dijangkakan hari ini selepas Mesut Ozil telah menyertai Fenerbahce minggu lalu.

Odegaard menyertai Los Blancos dari Stromgodset pada Januari 2015 dan hanya melakukan sembilan penampilan dalam La Liga musim ini.

Selepas tamat tempoh pinjaman di Real Sociedad, Odegaard dijangka diserap dalam pasukan pertama  Zidane malangnya harapannya hancur apabila selepas dua perlawanan pertama awal musim ini, dia hanya beraksi sekali sahaja.- MalaysiaGazette