Datuk Saiful Azly Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Polis sedang menunggu maklum balas pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhubung kes siasatan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan kerana didakwa mencabul anak perempuannya berusia 20 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi berkata, kertas siasatan kes tersebut sudah dilengkapkan dan telah pun dirujuk kepada pejabat DPP.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan lebih lanjut mengenai siasatan kes tersebut.

Ditanya mengenai status perkembangan siasatan kes berkenaan sama ada kes sudah dirujuk kepada pejabat DPP, beliau sekadar membalas dengan jawapan ringkas,” Belum dapat arahan DPP lagi”.

Pada 15 Januari lalu, MalaysiaGazette melaporkan penahanan seorang Datuk Seri yang disyaki mencabul anak perempuannya sejak lebih sedekad.

Suspek berusia 50-an itu ditahan di rumahnya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini pada jam 3 petang selepas mangsa yang berusia 20 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 14 Januari lalu kerana tidak tahan menjadi mangsa kepada ayahnya itu.

Katanya, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa ketika dia berusia 10 tahun dan ia dilakukan di kediaman mereka.

Datuk Seri ditangkap cabul anak perempuan sejak 10 tahun lalu

 

Datuk Seri kes cabul anak kandung direman dua hari

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast