Seramai 13 individu yang ditahan sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di Parit Raja di sini, yang tular dalam laman sosial, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri yang ditahan semalam atas dakwaan mencabul anak kandungnya telah direman dua hari bagi membantu siasatan polis.

Sumber memberitahu MalaysiaGazette, suspek berusia 58 tahun itu direman pagi tadi.

Suspek adalah seorang ahli perniagaan yang memiliki berbelas pasar mini di kawasan Sentul serta beberapa lot rumah kedai dan hartanah di daerah tersebut.

Tangkapan dilakukan Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan kes dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan reman ke atas suspek enggan mengulas lanjut.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Tolong tunggu sehingga siasatan kes ini selesai ya,” katanya secara ringkas kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam suspek ditangkap sekitar jam 3 petang selepas menerima laporan daripada anaknya yang mendakwa dicabul kelmarin.

Dalam laporan itu, mangsa seorang penuntut berusia 20 tahun mendakwa dia dicabul bapanya sejak berusia 10 tahun di rumahnya.

Perkara itu pernah diadukan kepada ibunya semasa dia masih hidup tetapi tidak dipercayainya.

Selain dicabul, mangsa mendakwa dia dan adik beradiknya juga dinafikan kebajikan dan keperluan harian. – MalaysiaGazette

Datuk Seri ditangkap cabul anak perempuan sejak 10 tahun lalu