Bruno Fernandes

LONDON – Bruno Fernandes menafikan bahawa dia penat dan perlu direhatkan pada perlawanan akan datang untuk kekal cergas.

Kurang 12 bulan menyertai Old Trafford dari Sporting Lisbon dengan nilai £47 juta, kehadirannya telah mengubah takdir the Red Devils.

“Siapa penat… pada usia 26 tahun ini?, saya tak boleh penat.

“Jika saya penat sekarang, apabila cecah umur 30 atau 32 tahun nanti, saya tak boleh bermain… saya tak letih dan saya masih cergas dan boleh beraksi,” katanya.

Sebagai jurulatih Solskjaer tahu apa yang terbaik untuk pasukan dan pada aksi menentang Liverpool dia memilih Van de Beek.

“Itu tindakan adil kerana Donny berlatih gigih pada sesi latihan sejak menyertai kelab ini dan ini sangat penting untuk masa depan pasukan,” kata Fernandes.

The Red Devils menewaskan Liverpool dalam aksi pusingan keempat Piala Emirates FA 3-2 pada Ahad lalu.

Fernandes hanya disenaraikan sebagai pemain gantian pada dan menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan itu.-MalaysiaGazette