Murid kembar tahun enam, Adam Afeeq (tengah) dan Adam Aqeef (kanan) mengikuti kelas dalam talian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Antarabangsa, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 20 JANUARI 2021.

PANDEMIK Covid 19 sudah tentu memberi impak yang besar terhadap perjalanan ekonomi. Ianya juga merupakan medan semulajadi untuk menguji tahap kecekapan pengurusan, penjagaan kesihatan dan fasiliti awam bagi mengetahui sejauh manakah kesediaan kita untuk berhadapan dengan bencana ini.

Wabak ini juga telah memberi impak yang besar terhadap sektor pendidikan. Perkongsian mengenai ketiadaan alat peranti, masalah capaian internet, dan masalah motivasi pelajar
membanjiri media sosial. Situasi ini membuktikan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah gagal mengurus kesan pandemik terhadap pelajar, tenaga pengajar, dan juga ibu bapa.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan adalah sesuatu yand tidak dapat dielakkan memandangkan seluruh negara kecuali negeri Sarawak kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PdPR akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara dalam talian (online).

Kelemahan Capaian Internet

Pandemik ini juga telah mendedahkan masyarakat kepada kesenjangan digital yang wujud di negara ini. Ramai pelajar yang tidak mampu mengikuti pembelajaran secara online kerana tiada capaian Internet. Mengapa tiada langkah drastik diambil bagi menyelesaikan masalah ini sedang kita punya keupayaan untuk menyelesaikan pembangunan infra bagi tujuan tersebut dalam masa yang singkat.

Rundingan dengan pemain industri telekomunikasi adalah perlu bagi memastikan masalah ini dapat diredakan. Ini termasuk dengan menawarkan skim atau pakej Internet atau apa jua sahaja keupayaan mereka untuk membantu kerajaan dalam krisis yang sedang melanda. Sudah tiba masanya mereka berbakti kepada tuan tanah.

Pandemik ini telah melanda negara sejak awal tahun lalu. Kerajaan tiada alasan untuk tidak menyediakan infrastruktur asas internet yang lengkap bagi membenarkan pelaksanaan PdPR yang berkesan. Jelas, Menteri Pendidikan telah gagal merancang secara komprehensif dan hanya membuat perancangan secara reaktif.

Isu Peranti

Masalah peranti juga memberi gambaran bahawa ramai pelajar yang masih belum bersedia untuk menjalani PdPR dan mengakibatkan keciciran pelajaran. Bagi mereka yang
mempunyai bilangan anak ramai bersekolah, ini adalah cabaran yang besar terutamanya
bagi golongan B40.

Pakej PERMAI yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak memberi sebarang inisiatif khas bagi anak-anak golongan B40 untuk mendapatkan alat peranti. Sebaliknya, haya sekadar pelepasan cukai hingga RM2,500 untuk pembelian komputer, laptop, dan talifon pintar.

Pelepasan cukai ini hanya relevan bagi golongan yang berpendapatan RM34,000 setahun dan ke atas sahaja oleh kerana mereka yang berpendapatan kurang daripada itu tidak layak untuk membayar cukai pendapatan. Ini juga membuktikan bahawa pakej PERMAI merupakan perancangan reaktif yang tidak mengambil kira keberkesanan terhadap kumpulan sasar yang lebih memerlukan.

Inisiatif seperti pemberian baucer dan pemberian langsung peranti wajar  dipertimbangkan. Ini dijangka lebih berkesan untu k menutup jurang digital yang wujud. Syarikat gergasi perlu dikerahkan melalui tanggungjawab sosial koprat (CSR) bagi menampung beban ini bersama.

Kesihatan Mental Pelajar Dan Guru 

Tidak dinafikan juga bahawa perubahan norma PdPR telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada aspek kesihatan mental pelajar dan tenaga pengajar Pelbagai luahan pelajar telah dikongsikan di media sosial lantas memberi gambaran bahawa kesihatan mental pelajar terjejas akibat perubahan drastik terhadap norma pembelajaran mereka.

Tekanan dan perubahan tersebut tidak eksklusif kepada murid, malah juga melibatkan guru-guru yang juga perlu mengadaptasi teknik pembelajaran dan cabaran dalam menyediakan bahan untuk mengajar. Harus diingatkan bahawa kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar bergantung kepada kualiti guru. Maka adalah amat penting juga supaya kesihatan mental tenaga pengajar diberi perhatian. Seorang guru yang bermotivasi akan lebih diyakini pelajar dan mampu mengajar dengan lebih berkesan. Meskipun menyedari hakikat tersebut, tiada sebarang usaha yang dijalankan bagi memantau perkara ini.

Melangkah Kehadapan

Kerajaan seharusnya menyemak semula bantuan yang perlu diberikan kepada rakyat supaya selaras dengan keperluan semasa yang mendesak dan akan datang. Kerajaan harus mengimbangi pendekatan sedia ada dengan strategi yang fokus kepada jangka masa panjang.

Kita bingung memikirkan apakah yang dilakukan menteri pendidikan sepanjang hampir
setahun mengepalai kementerian pendidikan. Ini kerana kelangsungan sistem pendidikan
negara adalah tunjang kepada pembinaan modal insan masyarakat di negara ini. Ketiadaan pelan arahtuju pendidikan ketika tempoh pandemik ini dan pasca pandemik adalah lambang kegagalan yang serius dan membimbangkan. Ini juga menggambarkan sikap dan tahap keprihatinan kerajaan hari ini terhadap nasib dan derita rakyat kebanyakan.

Pandemik ini membawa pelbagai cabaran kepada pelajar, guru, ibu bapa, dan juga pihak
kerajaan. Kerajaan yang peka dan bertanggungjawab harus elak daripada mewujudkan “lost generation” akibat pandemik ini dengan memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu yang dibangkitkan. Masa depan negara bergantung kepada kualiti pendidikan yang
disediakan.

Apa yang pasti dalam tempoh hampir setahun pasca langkah sheraton, kerajaan ini
dibelenggu dengan masalah menteri yang tidak kompeten, tiada hala tuju yang jelas, rapuh dan tidak efisyen. Prestasi buruk Menteri Pendidikan, Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kesihatan adalah manifestasi jelas kepada kegagalan kerajaan hari ini. Nyata keadaan ini memerlukan Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang lebih tegas, berani dan berkaliber.

Kerakusan terhadap kuasa dan jawatan telah mengakibatkan nasib masa depan anak watan dipertaruhkan dan dipermainkan. Sudah tiba masa untuk perdana menteri tanpa mandat ini untuk mengundurkan diri secara terhormat sebelum rakyat bangkit mengusung beliau keluar daripada kerusi empuk di Putrajaya.

Muhammad Kamil Abdul Munim
Exco Angkatan Muda Keadilan Perak

3 Komen

  1. Kerajaan PN telah gagal mengawal pandamik dengan berkesan. Kesan terhadap pendidikan tidak ternilai! Masa depan anak murid kabur dan tidak jelas!

  2. Bodoh macam boss bonto* engkau. Dasar pendidikan yg berjaya dalam masa 9 bulan!!!, sambil menghadapi wabak Covid-19… Mimpi ka

    Boss bonto* kau jadi Menteri pendidikan 6 tahun(86-91), apa dia buat? ENAM TAHUN TU LAMA TAU. Zaman aku membesar… Yang orang ingat ialah jasa Tun Razak dan Madey, dulu Tun memang bagus… Masa gawat nuaq nak jual bonto* kat IMF, NASIB BAIK MADEY TAK SETUJU… hentikanlah kebodohan PHaruupun, janganlah sampai terus menerus jadi lembu DApigs. Ada otak pakai baik2

Comments are closed.