Gzmbar hiasan

SEREMBAN – Seramai 16 tahanan lokap Balai Polis Mantin, Nilai disahkan positif COVID-19 semalam, selepas menjalani saringan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kesemua mereka merupakan kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang positif wabak itu selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

“Mereka akan dipindahkan Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan kawalan keselamatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata 31 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang dikenal pasti menjadi kontak rapat tahanan berkenaan juga telah disaring dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

Katanya, balai polis dan bangunan pentadbiran IPD Nilai juga telah disanitasi dan beroperasi seperti biasa.

— BERNAMA