Polis sedang mencari seorang kanak-kanak yang dipercayai hilang di Seremban, Negeri Sembilan dua hari lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mencari seorang kanak-kanak yang dipercayai hilang di Seremban, Negeri Sembilan dua hari lalu.

Kanak-kanak berkenaan, Muhammad Haikal Baharudin berusia 11 tahun dilaporkan hilang di kawasan medan selera, Taman Seri Mawar di Seremban.

Menurut satu laporan, Muhammad Haikal berpakaian baju corak belang merah hitam dan berseluar sukan biru gelap sebelum hilang.

Kanak-kanak itu juga berbadan gempal, tinggi 127 sentimeter dan berat badan 30 kilogram.

Justeru sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu boleh menghubungi Sarjan Norseli Ibrahim di talian 019-3020511 atau Ibupejabat Polis Seremban di talian 06-6033222.- MalaysiaGazette